ILMU ITU TIADA TEPIANNYA ILMU ITU CAHAYA

GURU PENDIDIKAN ISLAM SILA MASUK LAMAN ePORTAL PENDIDIKAN ISLAM DARI SAYA AHMADAN BIN GHAZALI

Selasa, 26 Mei 2009

SEJARAH KEHIDUPAN INSAN YANG INGIN CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT

AKU DILAHIRKAN DI SEBUAH KAMPUNG YANG TERPENCIL DI LUAR IBUKOTA.NAMA KAMPUNGKU PIDA 10 JALAN SANGLANG,KODIANG,KEDAH.SEKARANG TELAH BERTUKAR KEPADA S.PIDA 8 BARU JALAN SANGLANG KODIANG KEDAH.
HIDUP SEBAGAI BUDAK KAMPUNG ADALAH SATU PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN DALAM HIDUPKU.APA SAHAJA HAL KAMPUNG SEMUANYA AKU TEMPUHI TERMASUKLAH YANG AKU INGAT SEGALA MACAM MAIN AKU MAIN ,MAIN GULI,JAKA,TEREBE GETAH PALANG,SOLE,GASING,TUOI,TUJU KASUT,POLIS SENTRI,ACI,KERETA SORONG DARI POT/TIN SUSU.WAKTU PETANG RONADA DENGAN GEREK BURUK KELILING KAMPUNG CARI BUAH KERIANG,JANGGUS,KEDUDUK,LETUP BUAT HIDANGAN PETANG.SELALU LEPAK KAT TEPI LAUT SG.PADANG PERLIS MEMANDANG LAUT SAMBIL MAKAN KACANG GORENG.
MAIN BOLA DI DALAM SAWAH,CARI TELUR ITIK DALAM SAWAH,KUTIP PADI TUMPAH,JUAL BILA DAH CUKUP SEGUNI.MUKOI PADI DALAM TONG PADI,TARIK PADI DENGAN MOTOR HONDA KAPCAI SEGUNNI RM2,MUSIM MESIN PADI JAGA PEGANG GUNI DAPAT UPAH,MEMBAJAK SAWAH DENGAN KOBUTA,IKUT TREKTER CARI IKAN,IKUT MESIN PADI,NAIK MESIN PADI,TANGKAP IKAN DALAM SAWAH,SUNGAI DAN LAUT(JALA SEMBILANG).
OK SAMBUNG LAGI ....KISAH AKU BELAJAR DI KAMPUNG DAN SEKOLAH...

PADA 1974 AKU TELAH DISEKOLAHKAN DI KG BT 6,SEHINGGA TAHUN 1979 DAN SAMBUNG KE SEKOLAH AGAMA NURUL ISLAM AIR HITAM DARI 1980 HINGGA 1985 SAMBUNG BELAJAR DI SM AGAMA MMA LANGGAR DAN SAMBUNG LAGI UNTUK STA DI BAWAH MAIK [MAJLIS AGAMA NG.KEDAH DENGAN BIASISWA SEBANYAK RM50 SEBULAN.SETELAH LULUS DENGAN PERATUSAN 53.3 /100 AKU DITAWARKAN KE UNIV AL-AZHAR MESIR.

TIADA APA YANG NAK DIKATA SELURUH KELUARGAKU BERSETUJU TANPA TANYA AKU DAHULU SETUJU ATAU TIDAK,ATAS HARAPAN MEREKA AKU TERUSKAN HARAPAN MEREKA MENUJU KE NEGARA MESIR.
PADA 28/02/1989 AKU MENJEJAKKAN KAKI KE MESIR DENGAN KEADAAN PILU,BUKAN PILU APA NAK MENGAJI MACAMMANA LA...BHS ARAB HANYA TAHU SATU DUA PATAH SAJA...
TAPI KU HARUNGI JUGA SEGALA KEPAYAHAN DAN KESULITAN BELAJAR DISANA AKHIRNYA ADA KEJAYAAN DISEBALIK KESUSAHAN...SEMANGATKU BERKOBAR-KOBAR UNTUK CEPAT HABIS BELAJAR DAN BALIK SEGERA TAPI HAMPA...
AKU MENETAP DI BUMI MESIR DARI 1989 HINGGA 1996 HAMPIR TUJUH TAHUN DAN PULANG DENGAN BERBILION KENANGAN ...

NANTI DICERITAKAN SELEPAS ADA MASA....INSYA ALLAH....

KISAH MULA SAMPAI
KISAH DI KULIAH
KISAH BISNESS
KISAH KENA ROMPAK
KISAH MENJADI PEMBANTU PENDAFTARAN PELAJAR MALAYSIA DGN KEDUTAAN MALAYSIA SELAMA 3 THN.
KISAH LAWATAN KE SELURUH DAERAH,WILAYAH ARAB MESIR
KISAH DENGAN ARAB
KISAH KAMPUNG ARAB
KISAH KE MEKAH
KISAH KE JORDAN
KISAH MELAWAT MEDAN PERANG ISLAM
SPT:MEDAN UHUD,KHANDAK,BADAR,MUKTAH,YARMOUK,ROM PARSI DLL
KISAH BERADA DI SEMPADAN LIBYA,SYIRIA,DAN ISRAEL KETIKA DI RAFAH DAN ARISH.

Tidak ada komentar: