ILMU ITU TIADA TEPIANNYA ILMU ITU CAHAYA

GURU PENDIDIKAN ISLAM SILA MASUK LAMAN ePORTAL PENDIDIKAN ISLAM DARI SAYA AHMADAN BIN GHAZALI

Kamis, 28 Mei 2009

Tasawwur Islam tajuk:INSAN


Thursday,28 Mei 2009
Falsafah Penciptaan Manusia Menurut Islam

MENURUT ISLAM

Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al Qur’an adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu pengetahuan.

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia


Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ).


Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.



Pertama:Peringkat Saripati Tanah( سلالة من طين )


Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.


Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.



Kedua: Peringkat Tanah Melakat (طين لازب )


Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .



Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (حماء مسنون)


Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille حماء مسنون diertikan sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.



Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)


Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras. Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.



Kelima: Peringkat Peniupan Roh


Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (الحمد لله ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut.


Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .


Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.

Selasa, 26 Mei 2009

SEJARAH KEHIDUPAN INSAN YANG INGIN CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT

AKU DILAHIRKAN DI SEBUAH KAMPUNG YANG TERPENCIL DI LUAR IBUKOTA.NAMA KAMPUNGKU PIDA 10 JALAN SANGLANG,KODIANG,KEDAH.SEKARANG TELAH BERTUKAR KEPADA S.PIDA 8 BARU JALAN SANGLANG KODIANG KEDAH.
HIDUP SEBAGAI BUDAK KAMPUNG ADALAH SATU PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN DALAM HIDUPKU.APA SAHAJA HAL KAMPUNG SEMUANYA AKU TEMPUHI TERMASUKLAH YANG AKU INGAT SEGALA MACAM MAIN AKU MAIN ,MAIN GULI,JAKA,TEREBE GETAH PALANG,SOLE,GASING,TUOI,TUJU KASUT,POLIS SENTRI,ACI,KERETA SORONG DARI POT/TIN SUSU.WAKTU PETANG RONADA DENGAN GEREK BURUK KELILING KAMPUNG CARI BUAH KERIANG,JANGGUS,KEDUDUK,LETUP BUAT HIDANGAN PETANG.SELALU LEPAK KAT TEPI LAUT SG.PADANG PERLIS MEMANDANG LAUT SAMBIL MAKAN KACANG GORENG.
MAIN BOLA DI DALAM SAWAH,CARI TELUR ITIK DALAM SAWAH,KUTIP PADI TUMPAH,JUAL BILA DAH CUKUP SEGUNI.MUKOI PADI DALAM TONG PADI,TARIK PADI DENGAN MOTOR HONDA KAPCAI SEGUNNI RM2,MUSIM MESIN PADI JAGA PEGANG GUNI DAPAT UPAH,MEMBAJAK SAWAH DENGAN KOBUTA,IKUT TREKTER CARI IKAN,IKUT MESIN PADI,NAIK MESIN PADI,TANGKAP IKAN DALAM SAWAH,SUNGAI DAN LAUT(JALA SEMBILANG).
OK SAMBUNG LAGI ....KISAH AKU BELAJAR DI KAMPUNG DAN SEKOLAH...

PADA 1974 AKU TELAH DISEKOLAHKAN DI KG BT 6,SEHINGGA TAHUN 1979 DAN SAMBUNG KE SEKOLAH AGAMA NURUL ISLAM AIR HITAM DARI 1980 HINGGA 1985 SAMBUNG BELAJAR DI SM AGAMA MMA LANGGAR DAN SAMBUNG LAGI UNTUK STA DI BAWAH MAIK [MAJLIS AGAMA NG.KEDAH DENGAN BIASISWA SEBANYAK RM50 SEBULAN.SETELAH LULUS DENGAN PERATUSAN 53.3 /100 AKU DITAWARKAN KE UNIV AL-AZHAR MESIR.

TIADA APA YANG NAK DIKATA SELURUH KELUARGAKU BERSETUJU TANPA TANYA AKU DAHULU SETUJU ATAU TIDAK,ATAS HARAPAN MEREKA AKU TERUSKAN HARAPAN MEREKA MENUJU KE NEGARA MESIR.
PADA 28/02/1989 AKU MENJEJAKKAN KAKI KE MESIR DENGAN KEADAAN PILU,BUKAN PILU APA NAK MENGAJI MACAMMANA LA...BHS ARAB HANYA TAHU SATU DUA PATAH SAJA...
TAPI KU HARUNGI JUGA SEGALA KEPAYAHAN DAN KESULITAN BELAJAR DISANA AKHIRNYA ADA KEJAYAAN DISEBALIK KESUSAHAN...SEMANGATKU BERKOBAR-KOBAR UNTUK CEPAT HABIS BELAJAR DAN BALIK SEGERA TAPI HAMPA...
AKU MENETAP DI BUMI MESIR DARI 1989 HINGGA 1996 HAMPIR TUJUH TAHUN DAN PULANG DENGAN BERBILION KENANGAN ...

NANTI DICERITAKAN SELEPAS ADA MASA....INSYA ALLAH....

KISAH MULA SAMPAI
KISAH DI KULIAH
KISAH BISNESS
KISAH KENA ROMPAK
KISAH MENJADI PEMBANTU PENDAFTARAN PELAJAR MALAYSIA DGN KEDUTAAN MALAYSIA SELAMA 3 THN.
KISAH LAWATAN KE SELURUH DAERAH,WILAYAH ARAB MESIR
KISAH DENGAN ARAB
KISAH KAMPUNG ARAB
KISAH KE MEKAH
KISAH KE JORDAN
KISAH MELAWAT MEDAN PERANG ISLAM
SPT:MEDAN UHUD,KHANDAK,BADAR,MUKTAH,YARMOUK,ROM PARSI DLL
KISAH BERADA DI SEMPADAN LIBYA,SYIRIA,DAN ISRAEL KETIKA DI RAFAH DAN ARISH.

PESANAN ROH

Pesan Roh Kepada Manusia Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu.. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

EDIT OLEH GC :TNHJAHMADAN

Jumat, 15 Mei 2009

ANDA YANG MELAWAT BLOG INI SILA HANTAR BAHAN INOVASI ATAU PERISTIWA DARI SEKOLAH ANDA DALAM AKTIVITI KOKU ATAU KURIKULUM DENGAN MENGHANTAR EMAIL :tnhjahmadan@Gmail.com

DAN TERIMA KASIH SYUKRAN JAZIILAN KASIIRA KERANA MELAWAT BLOG INI

KEM LENCANA JAYA 01-03 MEI 2009






LAPORAN GURU PENGIRING
PESERTA KEM LENCANA JAYA DAERAH LMS
SMK MATANG

TARIKH: 01-03/05/2009 HARI : JUMAAT-AHAD
TEMPAT: PARK AVENUE,TAMAN TASIK TAIPING,PERAK
JUMLAH: 5 ORANG
Peserta Kem Lencana Jaya 2009

Bil
Nama Pelajar
No.K.P.T
Jawatan
1MUHAMMAD RAHMAT BIN JAMALLUDIN
921219-08-5595KETUA
2HAZWANI BINTI M.HATHER
20512-08-6066S/U
3YASMIN ASIFA BINTI KAMARUDDIN
930917-02-6298BDH
4NOOR SHAKILLA BINTI AMIN NORDIN
930816-08-5360AJK
5NORLIZAN BINTI SAMSUDIN
920826-08-5832AJK

01 Mei 2009 Jumaat
8.00 pagi – Peserta berkumpul di sekolah

8.15 pagi - Bertolak ke Tempat Kem Lencana Jaya,mengurus pendaftaran dan lain-lain .

9.00 pagi – Menyediakan kelengkapan Perkhemahan

1.00 tgh – Membeli peralatan memasak dan makanan kepada peserta

7.00 ptg – Melawat kawasan Kem dan bergambar

02 Mei 2009 Sabtu
8.30 pagi – Menghantar minuman dan bergambar
7.00 ptg – Melawat /memerhati ahli peserta kem

03 Mei 2009 Ahad
8.30 pagi - Hantar sarapan /bergambar

12.00 tgh – Memantau persiapan akhir perkhemahan.

1.00 tgh -Menghantar pelajar pulang ke rumah masing-masing.

2.00 ptg – Selesai ,semua pelajar sampai ke rumah dengan selamat.

“KOKURIKULUM MENJANA MINDA SIHAT’

DISEDIAKAN OLEH :

………………………..
AHMADAN BIN GHAZALI
Penasihat Persekutuan Pengakap
SMK Matang,Matang,Perak.

KEM PENGAKAP CARAVAN PARK 01-03 MEI 09

SERAMAI 5 AHLI PERSEKUTUAN PENGAKAP TELAH MENYERTAI PERKHEMAHAN LENCANA JAYA DAN PERKHEMAHAN

JAM 8.10 PAGI BERTOLAK DARI SMK MATANG KE TEMPAT PERKHEMAHAN .

BEBERAPA PERKARA PERLU DISELESAIKAN KERANA JUMLAH PESERTA TIDAK MENCUKUPI

SETELAH BERBINCANG DENGAN CARA BAIK DAN BERMESYUARAT AKHIRNYA KUMPULAN PENGAKAP KITA DIMASUKKAN DENGAN SMK JELAI DAN DIPINDAHKAN KE SMK BKT JANA.

KHEMAH TIDAK MENCUKUPI DAN PAGI ITU JUGA BERGEGAS KE TESCO MEMBELI ALATAN MAKANAN MENTAH DAN KHEMAH,TERUS HANTAR KE KEM.

URUSAN SELESAI JAM 12.00TGHARI.

JAM 2.00 HANTAR MAKANAN KERANA PELAJAR TIDAK SEMPAT MEMASAK.

PETANG MELAWAT DAN BERGAMBAR.

LIHATLAH LOKASI YANG CANTIK DAN SESUAI DENGAN CUACA YANG DINGIN....