ILMU ITU TIADA TEPIANNYA ILMU ITU CAHAYA

GURU PENDIDIKAN ISLAM SILA MASUK LAMAN ePORTAL PENDIDIKAN ISLAM DARI SAYA AHMADAN BIN GHAZALI

Kamis, 09 April 2009

ANDA PEMANGKIN KEJAYAANKU

SESUATU ANUGERAH YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN DARI ALLAH TAALA DENGAN KURNIAANNYA YANG MAHA KAYA KEPADA HAMBAYA YANG BANYAK DOSA INI ALANGKAH KERDILNYA RASA DIRI INI BILA DIIKTIRAF SEBAGAI GURU CEMERLANG.

ADAKAH INI BALASAN BAIK DI DUNIA INI ATAS KEBAIKAN YANG SEDIKIT KEPADA SESAMA MANUSIA,DIRI INI TELAH BERJANJI AKAN MENUNAIKAN SEGALA HAJT SESIAPA SAHAJA YANG AMAT MEMERLUKANNYA.

PERNAH SATU SAYA TELAH MEMBANTU SEORANG YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL DI PLUS MENOLONG DENGAN IKHLAS HATI TANPA APA-APA KERAGUAN .WALAU ADA SELEPAS ITU RAKAN-RAKAN BERKATA ITU SATU PENIPUAN,DENGAN KONSEP SENDIRI MEMBANTU SESIAPA YANG BERHAJAT BENAR ATAU TIPU ITU PERKARA KEDUA.

SUATU HARI SAYA SENDIRI TELAH PANCIT TAYAR MOTOSIKAL DI PERSIMPANGAN TAIPING,SETELAH 15 MINIT MENOLAK MOTOR DATANG SEBUAH VAN MEMBANTU MEMBAWA MOTOR DIATAS VAN SEHINGGA KEKEDAI BAIKPULIH BAYARAN TAYAR BARU JUGA DIA BELANJA .

SELEPAS SEBULAN SAYA TELAH PERGI KERUMAH ORANG TERSEBUT YANG BERUSIA 28 TAHUN PADA TAHUN 1997 DI KG MERBAU K.KANGSAR MEMBAYAR WANG ITU.

KALI INI APAKAH KEBAIKAN YANG AKU LAKUKAN,ADAKAH AKU TELAH MENGEMBIRAKAN KEDUA ORANG TUAKU,DENGAN MEMBUAT SIMPANAN BULANAN,KAT MAK AKU ,TANPA BERITAHU KPDNYA.

SAMB... PADA 18/04/09 CERITA INI DISAMBUNG LAGI DENGAN LEBIH MENARIK LAGI KISAH SILAMKU KETIKA BERUSIA 13 TAHUN TELAH MEMULAKAN KEHIDUPAN BARU DI PONDOK DAN BERPISAH DENGAN KELUARGA SETIAP MINGGU AKAN BALIK KAMPUNG.DISITULAH KEHIDUPAN TELAH MENGAJARKU BETAPA SUSAHNYA NAK SENANG PERLU SUSAH DAHULU.
KEHIDUPAN DIPONDOK DAN BELAJAR AGAMA DIPONDOK TIADA APA2 BEZANYA DENGAN BELAJAR DISEKOLAH MENENGAH KERANA TIDAK DAPAT BEZAKAN LAGI APA TUJUAN BELAJAR,YANG TAHU HARI2 DISURUH HAFAL DAN MENGAJI QURAN.
CUKUP TAHUN AMBIL PEPERIKSAAN SEPERTI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH JUGA IAITU PMR ,HANYA LULUS A DAN CUKUP MAKAN SAJA BAHASA ARAB LULUS TIPIS .
SAYA DIBEKALKAN BERAS IKAN KERING DAN PERALATAN MEMASAK UNTUK SEMINGGU DAN MEMASAK SENDIRI SETIAP HARI.DUIT BELANJA DIBEKALKAN 2-5 RINGGIT SEMINGGU.SETIAP HARI MAKAN NASI DAN IKAN TAMBAN KERING BERKUAHKAN MINYAK IKAN ITU.

BILA TERKENANGKAN KEADAAN ITU CUKUP BERTUAH AKU MASIH DISAYANGI DAN KESIHATANKU AMAT BAIK SEKALI.SETELAH 2 TAHUN BELAJAR DIPONDOK PRESTASI AKADEMIK KU MULA TERSERLAH APABILA MENJADI PELAJAR KEDUA TERBAIKDALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.DAN SERUSNYA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA SETERUSNYA....SPM TERBAIK SEKOLAHKU DAPAT BANYAK HADIAH.
PELUANG MENYERTAI PROGRAM STA DAN TERUS KE MESIR SEDIKITPUN TIDAK KUDUGA KERANA MANA TAHU BAHASA ARAB ... PASAL NAK JAGA HATI ORANG TUA PI JUGA DALAM GAGAU KU PASRAH... PADA ALLAH TAALA.

NAK TAHU APA JADI.SETELAH SETAHUN DI MESIR , PENGUSAAN BAHASA ARAB KU KURANG BAIK HINGGA TAHUN KETIGA HANYA FAHAM SIKIT2 SAJA.TAPI TANPA DIDUGA RUPANYA INI HANYA UJIAN ALLAH SAHAJA, APA YANG DICARI TIDAK DAPAT DAPAT YANG LAIN ,TIBA2 MINATKU BERUBAH APABILA SEORANG RAKAN MEMINTA BAIKI ALAT ELETRONIKNYA YANG ROSAK.SETELAH BELEK2 KETUK2 DAN HEMBUS SIKIT2 DAH JADI ELOK SEPERTI BIASA,SELEPAS ITU SATU PERSATU SAYA BAIKI SEGALA ALAT ELETRONIK SESIAPA SAJA YANG ROSAK.KERANA MEREKA BERHAJAT DAN MEMERLUKAN PERTOLONGAN ANA TUNAIKAN DENGAN BERSENGKANG MATA TIDAK TIDUR DAN MAKAN SEMATA2 INGIN MEMBANTU,BILA BERJAYA RAMAILAH RAKAN DARI SELURUH NEGERI BERKAWAN DAN URUSAN MAKAN MINUM SEMUANYA BERES.
SEMUA KEDAI ELETRONIK ARAB DI KOTA KAHERAH SAYA KENAL DAN MEREKA AMAT KENAL DENGAN SAYA PERNAH MEREKA MEMBERI ALAT GANTI FREE SAJA.
PEPERIKSAAN JANGAN KIRALA WALAUPUN KURANG KE KULIAH SAYA BERYA MENAMATKAN JUGA PENGAJIAN USULUDDIN /BIDANG HADIS DENGAN SELAMAT DAN BERJAYA MENDAPAT PANGKAT BAIK DI TAHUN 3 .

SATU PERKARA LAGI SAYA BERPELUANG MENZIARAHI KAMPONG ARAB DAN SELURUH PELUSUK WILAYAH DIMESIR SAYA ZIARAH,PELBAGAI RAGAM ARAB MESIR DAPAT DIFAHAMI,
SATU LAGI YANG PALING REAL DALAM HIDUP SAYA DAPAT KE MEKAH DENGAN KAWAN2 DAN MELAKUKAN HAJI 2 X DAN UMRAH 3 DAN 4 KALI SEHINGGA SELOK BELOK DI MEKAH DAN MADINAH INSYA ALLAH SAYA RASA TAHU LA...

SAYA JUGA MENJADI PENULIS DAFTAR KEMASUKAN PELAJAR MESIR TAHUN 1 DENGAN BEKERJA DENGAN KEDUTAAN MALAYSIA PADA TAHUN 1994-1995 DAN 1996
DENGAN BAYARAN LUMAYAN DAN MAKAN SEDAPPP.

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR DENGAN BAWA DHOB DAN MINYAK DHOB DARI MESIR DAN ADA JUGA DAPAT BAYAR MUKA MOTOR SEBUAH.

MENGAJAR DI SMK ANDERSON IPOH,BERKAWAN DENGAN PEGAWAI PPD KINTA TUAN HAJI MAZLAN BAGAN SERAI.,DUDUK DI ASRAMA PUSAT ANDERSON IPOH.MENGAJAR BAHASA ARAB KELAS PAGI...SEMUANYA BERJALAN LANCAR PERISTIWA INI BERLAKU PADA TAHUN 1996,97 DAN 98.

SAMB.

1 komentar:

wickedfilm mengatakan...

Salam,
Tahniah Tuan Haji dan teruskan berbudaya Cemerlang :-)
Regards