ILMU ITU TIADA TEPIANNYA ILMU ITU CAHAYA

GURU PENDIDIKAN ISLAM SILA MASUK LAMAN ePORTAL PENDIDIKAN ISLAM DARI SAYA AHMADAN BIN GHAZALI

Kamis, 05 Februari 2009

TERIMA KASIH SEMUA GURU SMK MATANG 2005-2008

Tanggal 31 may 2008 aku telah dikejutkan dengan berita gembira oleh cc pejabat sekolah agar datang segera kerana ada berita gembira.tetapi ianya adalah rahsia.beberapa kali aku mengagak bahawa aku akan naik pangkat atau ada terima surat menang hadiah besar.

jam 12.00 tgh aku bersama keluarga akan berangkat ke Pangkor dan kesempatan intu aku telah cuba ke sekolah betul Pengetua sedang menanti memberi berita gembira dan ucap tahniah kerana usahanya selama ni berhasil.

Dua pucuk surat diterima dengan senyuman dan uca[pan tahniah... aku hanya dapat mengucapkan syukur dan terima kasih di atas segala bantuan dan galakan dari pihak sekolah terutamanya pengetua yang memberi kepercayaan penuh kepada aku untuk mendapatkan status guru cemerlang.

Tidak terbayang dalam ingatan anugerah ini berjaya aku miliki walaupun ianya hanya impian yang tidak diharapkan...selalunya begitulah...yang tidak diharap itu yang datang yang diharap tidak kunjung tiba.

Perkara ini aku rahsiakan walaupun ada sebilangan kecil guru mengetahui hal itu,apapun aku telah dilantik sebagai KUP DG41 ke DG44 dengan elaun 382.64 sebulan mulai 27 mac 2008,alhamdulillah dapat juga merasa elaun tu dan tunggakan hampir 3000.00 ringgit.

sekarang tempuh percubaan telah tamat dan telah di naikkan pangkat DG44 , inilah kuasa Allah taala rezeki ,hidup,mati dia yang menentukan segala-galanya.alhamdulillahhhh.

Setelah itu rezeki dan amalanku juga bertambah.... aku dilantik menjadi hakim berzanji peringkat daerah,sebelum itu telah diberi amanah menjadi ketia Tempat Mengundi di kawasan Simpang,dilantik mengawas PMR,Memeriksa kertas PMR dan semuanya berjalan dengan lancar .

Pada hari ini aku bersyukur dengan menjalankan tugas setiap hari dengan penuh dedikasi dan amanah.menjadi guru buku teks perlu bijak mencari masa...mengatur langkah menghadapi segala kemungkinan.

Taat pda Allah Taala ,Taat pada ketua menjadi prinsip hidupku agar rezeki yang dilimpahkannya mendapat keredhaan Ilahi dan halal dunia dan akhirat..

Kepada rakan dan kawan2 yang mengenaliku doakanlah kejayaanku dan aku doakan kejayaan anda semua semoga diberkati dalaam semua amalan insya Allah.

Tidak ada komentar: