ILMU ITU TIADA TEPIANNYA ILMU ITU CAHAYA

GURU PENDIDIKAN ISLAM SILA MASUK LAMAN ePORTAL PENDIDIKAN ISLAM DARI SAYA AHMADAN BIN GHAZALI

Kamis, 15 Oktober 2009

SPBT-Pemulangan BUKU TEKS T.3

Pelajar lepasan Pmr telah menghantar buku teks mengikut jadual.
Masih ada yang pandai berdalih dan tidak menghiraukan notis
Pihak Pentadbiran dan penyelia serta AJK - x memberi makluman secara lisan
Guru SPBT - Bertugas di luar sekolah Pengawas PMR


Hari ini Pelajar yang ponteng sekolah menghantar buku teks tanpa seragam sekolah
perkara ini perlu ditulis dalam kes didiplin sekolah pada masa akan datang....

Jumat, 02 Oktober 2009

Solat hajat dan Yasin untuk SPM / PMR 09



Pelajar lelaki dan perempuan yang membantu menyediakan cenderamata hari Solat hajt

Mohon Restu

Sedang mendengar taklimat Bacaan Yasin

Pelajar yang telah membantu waktu selesai majlis

Bacaan Yasin

Sedang solat
Semalam amanah sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak sekolah dengan kerjasama ajk Panitia dan diraikan oleh TUan Imam Masjid Matang 1 dan 2 Tuan Bilal 1 & 2 YDP PIBG dan tetamu yang lain telah merealisasikan Program Tahunan Untuk Pelajar Islam dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan hilang rasa takut dan yakin dengan kebolehan masing-masing.
Komitmen dan galakan dari guru dan ibu bapa membawa harapan yang besar terhadap diri mereka bagi menghadapi saat genting dalam menghadapai ujian penting pertama kali dalam hidup.
Agenda bermula dengan taklimat dan doa solat hajat yasin dan solat asar serta restu lihat gambar. Bahan yang diberi sebotol air yasin,alat tulis,dan surah yasin hasil sumbangan dari Koperasi sekolah,Kafeteria sekolah dan bintang book store serta YDP PIBG sekolah terima kasih

Sabtu, 26 September 2009

Selamat Idulfitr

Assalamualaikum wbkt kepada yang membaca laman ini diucapkan selamat harui raya eidulfitr maaf zahir dan batin semoga ceria selalu selamat tiba di semua destinasi yang di tuju kali ini saya berhari raya di A.Setar dan akan balik ke Taiping pada Sabtu 26.09.09.

Raya di kg A.S Kedah




Pakaian Hari raya 2009 merah ala pakistan,kali merayakan bersama bersam ibu dan ayah ke rumah anak menantu dan sanak saudara antara kawasan yang dirayakan ialah kodiang,jitra,telaga mas,sg.baru,lepai,langgar,baling,malau dan jiran tetangga yang lama sudah tidak ziarah.

Jumat, 18 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran 2009







Pada 17 September 09 Pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Matang telah mengadakan majlis tersebut sempena Program Ihya Ramadan sesi 1430h.

Kehadiran pelajar amat baik sekali walaupun hari terakhir persekolahan sempena bulan mulia ini.Kehadiran Pihak pentadbir memeriahkan lagi majlis yang diadakan di Musolla Al-faiziin SMK Matang.

Antara agenda yang dilaksanakan ialah;
Program Majlis Khatam Al-Quran, Tazkirah Ramadhan & Berbuka Puasa Tahun 1430 H

Tarikh : 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430 H
Masa : 08.45pagi – 10.45 pagi
Tempat : Musolla Al-Faizin,SMK Matang

Atucara Majlis
08.45 pagi - Kehadiran peserta Khatam Al-Quran

- Majlis khatam Quran

- Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

- Tazkirah Ramadhan “Muslim yang Mukmin ”

oleh : Utz. Ahmadan bin Ghazali –GC SMK Matang

- Doa penutup
Pelajar rehat dan sambung P & P sehingga tamat persekolahan

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada peserta Ihya ramadan yang menyertai Tadarus Al-quran seterusnya Pihak Pentadbir Sekolah yang menyokong penuh usaha ke arah pembangunan insan cemerlang di SMK Matang.

Kamis, 17 September 2009

Pemanduan kali ke-3


lawatan hari ini sebagai ganti tarikh sebenar yang dipinda pada10 September 09 kerana sekolah yanga dipantau telah mengadakan gerak-gempur SPM dan PMR secara besar2an.
Lawatan hari ini sekadar membincangkan hal berkaitan Post Mortem keputusan Peperiksaan yang lau termasul Modul 1 dan 2.....

Pemantauan Projek Gemilang

Semalam 16 September 2009 lawatan dari PPD Us.Zulkifli Mastor dan Ustaz Azahar Penyelia Sekolah Rendah dan Menengah telah berkunjung ke SMK Matang pada jam 11.00 pagi sehingga 1.00 tgh,
Antara perkara yang di semak fail utama Aktiviti PAFA tingkatan Satu dan Dua,dan membuat pengesahan dan t.t.
Berbincang Hal Berkaitan Projek Gemilang Latih Tubi dan Ujian Topikal PMR dan SPM,
Cadangan Kekuatan dan Kelemahan Projek.
Kekuatan-Soalan mengikut skala yang ditetapkan,dapat dilaksanakan dengan lancar,proses penganalisaan dapat dijalankan dengan baik.

Kelemahan:
1.Peperiksaan dijalankan pada bulan Puasa,kehadiran tidak menepati sasaran.
2.kes HINI,pelajar sakit diarah pulang
3.Masa terhad untuk ulangkaji.
4.soalan agak lambat diterima.

Akhir sekali berbincang hal berkaitan tugas guru P.Islam dan masa depan .